Pendidikan
Sekolah Menengah kebangsaan Suai Niah
Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Suai Niah, merupakan sekolah Menengah Kebangsaan yang kedua ditubuhkan di Batu Niah selepas Sekolah Menengah Kebangsaan Subis.
SMK Suai mula beroperasi pada 14 Jun 2004, di terajui oleh Pemangku Pengetua Tuan Hj.Ali Bin Hj.Mudin (Merupakan Pengetua SMK Suai Niah Sekarang) bersama dengan 28 orang guru, 4 orang staf sokongan dan 507 orang pelajar yang terdiri daripada 6 kelas tingakatan satu, 5 kelas tingkatan dua, 2 kelas tingkatan empat, 2 kelas tingkatan lima dan 2 kelas tingkatan 6 bawah. Sementara itu, 317 orang daripadanya merupakan perlajar asrama. Kebanyakkan pelajar ini adalah pecahan SMK Subis dan majoriti pelajar yang menuntut di sekolah ini merupakan suku kaum Iban.
Sekolah Kebangsaan Kita Niah
Sekolah Kebangsaan Kita atau nama ringkasnya SK Kita, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di D/A Pejabat Pelajaran Daerah Kecil Subis dan merupakan sekolah harian dan sekolah asrama untuk pelajar-pelajar.
Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Kita memiliki 109 pelajar lelaki dan 93 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 202 orang. Ia mempunyai seramai 16 orang guru.
Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chin Nam
Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chin Nam atau nama ringkasnya SJK Chin Nam, merupakan sebuah Sekolah jenis kebangsaan Cina yang terletak di D/A Pejabat Pelajaran Daerah Kecil Subis dan merupakan sekolah harian.
Pada 2009, Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chin Nam memiliki 44 pelajar lelaki dan 42 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 86 orang. Ia mempunyai seramai 12 orang guru.