Kisah Kejayaan
Kisah Kejayaan Cik Nurul Nathashya (Jurusolek)
Cik nurul mempunyai pendidikan hanya di taraf Sijil Pelajaran Malaysia(Spm). Sejak di bangku sekolah beliau mempunyai minat dalam bidang dandanan namun kekangan masa dan kewangan membuatkan beliau hanya menyimpan hasrat didalam hati. Setelah masuk ke alam pekerjaan beliau terdorong untuk mencuba solekan dan dandanan melalui rujukan di ‘youtube’ dan hasil yang beliau perolehi amat menarik dan cantiK. Kemudian beliau meminta khidmat nasihat daripada kawan baik mengenai hasil dandanan dan mula mempromosikan hasil solekan di laman sosial menggunakan perkhidmatan yang disediakan di Pusat Internet 1 Malaysia Niah Suai. Cik Nurul Nathshya hanya melibatkan diri dengan solekan dan dandanan untuk memenuhi minat kepada diri sendiri.
Melalui bimbingan daripada Staff Pusat Internet Niah Suai dan dorongan daripada kawan-kawan, keluarga dan terutama sekali staff PI Niah, beliau terdorong untuk mempromosikan hasil solekan kepada umum.Selepas itu, beliau lebih menggunakan sosial media untuk tujuan mempromosikan perkhidmatan solekan nya dan mula mendapat beberapa tempahan.
Cik Nurul mempelajari cara mempromosikan hasil solekan yang lebih jelas kepada umum. Beliau mempromosikan hasil solekan nya di laman sosial sebelum solekan dan selepas solekan. Mempelajari cara berkongsi cara dan ilmu untuk menghasilkan solekan yang cantik dan menarik kepada semua.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kisah Kejayaan Puan Hasnor Binti Taha (Usahawan Kraf Tangan)
Nama sebenar beliau ialah Hasnor binti Taha, berumur 30 tahun dan menetap di Kampung Padang, Niah Sarawak. Beliau merupakan suri rumah tangga sepenuh masa dan mempunyai 3 orang anak. Beliau melakukan hasil kraf tangan beliau di rumah pada masa lapang. Walaupun beliau merupakan usahawan, beliau tidak meninggalkan tanggungjawab beliau dalam menguruskan keluarga. Bisnes beliau disokong sepenuhnya oleh suami beliau.
Beliau mula berjinak-jinak dalam membuat kraf tangan menggunakan kain ini hanya sekadar hobi dan mendapat sambutan dari kawan-kawan untuk membeli hasil kraf tangan beliau. Pendapatan sebulan hanya RM50 dan kadang-kadang tiada pendapatan langsung.
Tahun pertama beliau mengikuti kursus keusahawanan di PI Niah Suai, pendapatan beliau meningkat dari RM50 ke RM200 ke atas. Permintaan pelanggan meningkat kerana beliau mempromosikan hasil jualannya melalui media sosial seperti Facebook.
Tahun kedua (2017) beliau mengikuti lagi kelas keusahawanan yang dianjurkan oleh PI Niah Suai berkaitan dengan FBads dan Copywriting, beliau mampu menjual produk beliau dengan cara yang betul dan berkesan. Permintaan produk beliau kini meningkat dari hari ke hari. Bukan sahaja permintaan online malah permintaan dari sekolah-sekolah turut banyak.