Taklimat Bajet 2016 Dan GST
21 Februari 2016 | Aktiviti TerkiniProgram Taklimat Bajet 2016 dan GST ini merupakan program anjuran bersama Pusat Internet 1 Malaysia (PI) Bekenu dan Komuniti 1 Malaysia (K1M) Kampung Selanyau dengan kerjasama Jabatan Penerangan Malaysia Daerah Kecil Niah dan PI Bekenu. Program ini dibuat atas permintaan komuniti di Niah dan komuniti di Kampung Selanyau dan memutuskan untuk membuat taklimat di Balairaya Kampung Selanyau, Bekenu.
Program ini sebenatnya bertujuan untuk memberi pendedahan yang meluas berkaitan dengan bajet 2016 dan GST. Menurut komuniti, mereka masih tidak faham apa itu GST. Ceramah ini akan dikendalikan oleh pegawai kastam bahagian Miri.
Objektif dan matlamat program ini diadakan:
1. Merapatkan silaturahim antara komuniti dan staff PI
2. Memberi pendedahan kepada komuniti mengenai GST dan bajet 2016
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: