Raya Datang Lagi
25 Julai 2016 | Aktiviti TerkiniPusat Internet Zon Miri meliputi Pusat Internet Niah Suai, Kuala Sibuti, Bekenu dan Kg Luak Miri mengadakan program ‘RAYA DATANG LAGI’ yang bertempat di Pusat Internet Kampung Kuala Sibuti. Program ini telah diadakan pada hari ahad yang lepas, 24 Julai 2016, jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 1.00 petang. Malaysia. Komuniti setempat yang menghadiri majlis ini melebihi 100 orang.
Tujuan program ini diadakan adalah untuk meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama penduduk Kampung Kuala Sibuti dan sekitarnya. Selain itu ia juga bertujuan untuk mempromosikan kepada komuniti setempat tentang kewujudan PI Sibuti dan Pusat Internet 1 Malaysia yang terdapat di Zon Miri. Semasa program dijalankan staff PI turut memberi taklimat kepada komuniti setempat mengenai pentingnya e-waste dan taklimat KLIK DENGAN BIJAK(KDB).
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: