Bengkel Lego Education
17 April 2016 | Aktiviti TerkiniPusat Internet Niah Suai Kg Sepupok telah mengadakan Bengkel Lego Education pada 16 April 2016 bertempat di Pusat Internet itu sendiri. Bengkel ini disertai oleh 20 orang pelajar sekolah Sekolah Menengah Kebangsaan Suai bermula pada jam 8.00 pagi hingga 4.30 petang. Bengkel ini bermula dengan pembahagian peserta kepada 10 kumpulan, di mana setiap kumpulan terdiri daripada dua atau tiga orang peserta.
Di dalam bengkel ini, para peserta diajar cara pemasangan lego berpandukan manual yang disediakan. Selesai pemasangan lego,bengkel diteruskan dengan penerangan teori robot lego. Kemudiannya para peserta mempelajari teknik pengaturcaraan robot lego menggunakan perisian Lego Mindstorms EV3. Akhir sekali, pertandingan mini yang mana setiap kumpulan dikehendaki menyediakan robot lego untuk pertandingan tarik tali.
Bengkel tersebut berjalan dengan lancar dan teknologi baharu yang dipelajari sewaktu bengkel tersebut amat menarik dan sesuai diperkenalkan kepada komuniti, khususnya komuniti di Niah Suai.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: