Festival Jom Kamboh (PI Event)
14 Disember 2015 | Aktiviti TerkiniFestival Jom Kamboh (FJK) merupakan program yang julung kalinya diadakan sepanjang pembukaan Pusat Internet Zon Miri. FJK merupakan program hasil gabungan dari tiga (3) buah PI Zon Miri iaitu PI Niah Suai, PI Bekenu dan PI Luak. Program ini diuruskan oleh Pengurus dan Penolong Pengurus PI Zon Miri dan dibantu seramai sepuluh (10) orang sukarelawan.
Program tersebut diadakan di Dewan Masyarakat Bekenu dan PI Bekenu pada ketetapan 13 Disember 2015 dan dirasmikan oleh YB Puan Rosey Bin Haji Yunus merangkap Menteri Muda Pendidikan Awal Kanak-kanak dan Pembangunan Keluarga. Program ini juga melibatkan badan-badan agensi dari agensi kerajaan, swasta dan komuniti setempat.
Antara aktiviti yang dijalankan semasa hari tersebut adalah pendaftaran keahlian percuma PI, pameran daripada agensi-agensi tempatan, pelbagai pertandingan dan juga cabutan bertuah. Antara pertandingan yang diadakan ialah zumba, andaman, anyaman, gubahan kuih-muih tradisional, mereka cipta poster KDB dan mereka cipta dari bahan terbuang.
Tujuan festival ini diadakan adalah untuk menjalinkan kerjasama antara PI dengan agensi-agensi yang terlibat dan juga mempromosikan PI kepada masyarakat. Secara tidak langsung, dapat mengeratkan silaturrahim antara staf PI dan masyarakat. Selain itu, aktiviti diadakan untuk memberi maklumat dan perkembangan ICT kepada masyarakat. Festival Jom! Kamboh mendapat sambutan yang baik daripada masyarakat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: