Kembara Jalur Gemilang dan Sambutan Hari Kemerdekaan 2016
10 September 2016 | Aktiviti TerkiniPusat Internet Niah Suai Kg Sepupok dengan kerjasama daripada Jabatan Penerangan Bahagian Miri telah mengadakan Kembara Jalur Gemilang dan Sambutan Kemerdekaan 2016 di Dewan Masyarakat Sepupok Niah. Program ini diadakan pada 9 September 2016 yang lalu pada jam 7.30 Pagi hingga 1.00 tengahhari. Program ini telah dihadiri oleh Staff PI Niah Suai sendiri, Jabatan Penerangan Bahagian Miri, Pelajar Sekolah Kebangsaan Kita Niah, Tabika Kemas Kg Sepupok dan lebih kurang 50 orang komuniti di kawasan Niah.
Antara aktiviti yang diadakan sepanjang program adalah Konvoi Kembara Merdeka, Penyerahan Jalur Gemilang kepada tetamu yang hadir, nyanyian lagu Jalur Gemilang dan Sehati Sejiwa, laungan kemerdekaan dan kibaran Jalur Gemilang dan akhir sekali adalah jamuan makan.
Tujuan program ini diadakan untuk memberi pendedahan kepada komuniti mengenai Kembara Jalur Gemilang dan memberi semangat kepada semua golongan komuniti terutama sekali pelajar sekolah agar menghargai kemerdekaan yang di rasai oleh kita sebagai rakyat Malaysia.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: