Bengkel Sukarelawan ICT Malaysia (MIV)
18 April 2016 | Aktiviti TerkiniSuruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (MCMC) telah memperkenalkan inisiatif terbaharu iaitu Sukarelawan ICT Malaysia (MIV). Bengkel Sukarelawan ICT Malaysia (MIV) telah diadakan 16 dan 17 April 2016 yang lalu di RH Hotel, Sibu Sarawak. Seramai melebihi 90 orang sukarelawan yang terpilih telah menyertai bengkel tersebut bagi mewakili Pusat Internet yang telah terpilih termasuk Pusat Internet Niah Suai Kg Sepupok. Pusat Internet Niah telah menghantar 4 sukarelawan termasuk Penolong Pengurus Pusat Internet Niah sendiri. Antara sukarelawan yang berjaya menghadirkan diri ialah Sharifah Zaihasra Binti Wan Munir, Nur Qasrina Binti Sharbini, Mohd Aliff Bin Ali dan Muhamad Faiz Bin Ibrahim.
Bengkel Sukarelawan ICT Malaysia (MIV) ini dibentuk khusus untuk memperkasakan rakyat Malaysia menjadi warga digital serta membantu ke arah pembentukan negara pintar digital. Inisiatif MIV ini juga dapat meningkatkan tenaga kerja dan modal insan dalam penyelidikan dan pembangunan sektor komunikasi dan multimedia. Sukarelawan yang terlibat juga mendapat pelbagai kebaikan dengan menyertai bengkel ini seperti mampu diiktiraf sebagai ejen perubahan yang memberi pengetahuan dan melatih masyarakat setempat menggunakan ICT sepenuhnya dan mempraktikannya bagi keperluan seharian mereka.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: