E Borneo Knowledge Fair 2015 (e BKF 2015)
23 November 2015 | Aktiviti TerkiniDulunya dikenali sebagai eBario dan merupakan perkembangan projek Bario yang focus kepada masyarakat peribumi di Borneo dan seterusnya. BKF5 diadakan di Ba'kelalan di mana tahun-tahun sebelumnya diadakan di Bario. Program ini diadakan dua (2) tahun sekali dan ia memperkenalkan penggunaan ICT di kawasan luar bandar yang terpencil terutamanya yang terdiri daripada orang asli.
Program ini diadakan selama seminggu berturut-turut (16 – 22 November 2015) dan terdapat aktiviti yang diadakan. Antaranya ialah talk, workshop dan diselitkan dengan aktiviti Klik Dengan Bijak (KDB). Selain itu, program ini juga turut dihadiri seramai 6 orang Pengurus PI yang terpilih dan 5 orang pegawai dari Maxis dan SKMM.
Program ini juga adalah program yang dinanti-nantikan oleh penduduk Ba'kelalan kerana ia banyak aktiviti yang dijalankan dan mereka yakin tempat mereka akan ada perubahan walaupun ianya memakan masa yang panjang. Contohnya, projek Electric Hydraulic. Dengan adanya kemudahan ini penduduk Ba'kelalan tidak akan menghadapi sebarang masalah elektrik.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: