Kursus Usahawan Dan Anyaman Bakul
20 Februari 2016 | Aktiviti TerkiniKursus Usahawan dan anyaman bakul merupakan program yang sering mendapat sambutan dari komuniti setempat terutama di kalangan para suri rumah dan ini merupakan kali ke dua program ini dijalankan. Pada tahun lepas, ia diadakan di Bekenu dan pada tahun ini ia diadakan di Pusat Internet Niah.
Seramai 15 orang peserta yang mengikuti kursus ini yang terdiri daripada suri rumah, pegawai penerangan dan guru. Kursus ini menggalakan para wanita dan juga para lelaki untuk menceburi bidang usahawan terutamanya anyaman bakul kerana rata-rata anyaman bakul sangat meluas di kawasan Niah. Program ini adalah bertujuan untuk menarik minat wanita dan lelaki dalam membuka perniagaan atau usahawan dalam bidang anyaman dan dalam masa yang sama melatih mereka bagaimana anyaman bakul ini dibuat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: