Bengkel Asas Microsoft Word

17 Februari 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 16 Februari 2023, Pusat Ekonomi Digital Niah Suai telah mengadakan bengkel asas Microsoft Word di bilik latihan PEDi Niah Suai bersama komuniti setempat dengan kerjasama Pusat Komuniti Digital (DCC) Batu Niah dan Perpustakaan Awam Batu Niah.

Objektif utama bengkel ini bertujuan untuk mendedahkan asas awal kepada Microsoft Word kepada golongan belia dan dewasa mahupun dikalangan suri rumah. Seramai 14 orang dari komuniti telah hadir memeriahkan bengkel asas ini. Dengan adanya pendedahan awal bengkel asas ini, komuniti yang hadir boleh menguasai sedikit pengetahuan Microsoft Word untuk kegunaan sendiri di kemudian hari.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali