Pengenalan Kepada Sistem Operasi

28 Mei 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 27 Mei 2022 iaitu pada hari jumaat, Pusat Ekonomi Digital Niah Suai telah mengadakan kelas yang bertajuk Pengenalan Kepada Sistem Operasi. Kelas ini disertai oleh 3 orang peserta. Kelas ini adalah bertujuan untuk memberi pengenalan kepada sistem operasi komputer dan telefon pintar. Di dalam kelas ini, penonton diajar tentang fungsi serta kegunaan sistem operasi. Pada masa yang sama, penonton turut didedahkan tentang jenis-jenis sistem operasi yang tersedia untuk komputer dan peranti pintar seperti telefon. Di dalam kelas ini, turut diajar tentang senibina sistem operasi 32Bit (x86) dan 64Bit (x64) serta perbezaan kedua-duanya. Dengan adanya kelas seperti ini, diharap komuniti dapat mengetahui serba sedikit mengenai sistem operasi di dalam komputer mahupun ada peranti pintar seperti telefon bimbit.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali