Asas Perakaunan Dalam Excel

26 Mei 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 25 Mei 2022 iaitu pada hari rabu, Pusat Ekonomi Digital Niah Suai telah mengadakan kelas yang bertajuk Asas Perakaunan Dalam Excel. Kelas ini disertai oleh 3 orang peserta. Didalam kelas ini, para peserta diajar untuk membuat akaun ringkas mengunakan perisian Microsoft Office Excel. Akaun ringkas ini adalah untuk memudahkan para usahawan untuk merekod kos produk mereka, hasil jualan dan mengetahui keuntungan yang mereka perolehi. Pada masa yang sama juga, peserta juga diajar mengunakan formula-formula excel yang boleh digunakan untuk mereka melakukan kira-kira rekod jualan mereka.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali