Kelas Membina Katalaluan Selamat

27 Januari 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 26 Januari 2022, Pusat Ekonomi Digital Niah Suai telah mengadakan Kelas Membina Katalaluan Selamat. Kelas ini disertai oleh 5 orang peserta.

Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberi tunjuk ajar kepada para peserta bagaimana untuk membina katalaluan yang kukuh dan selamat serta sukar untuk diteka oleh sesiapa. Didalam kelas ini, peserta diajar elemen yang harus ada apabila mencipta sesebuah katalaluan. Antara kriteria yang yang harus ada didalam sesebuah katalaluan adalah, minimum 8 aksara, gabungan huruf, nombor dan simbol bagi memastikan katalaluan tersebut benar-benar kukuh. Peserta juga ditunjukan cara-cara menguji tahap kekuatan katalaluan dengan mengunakan laman web passwordmeter.com. Semoga peserta yang menyertai kelas ini mempraktikan ilmu membina katalaluan ini agar akaun atas talian selamat daripada diceroboh oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali