Panggilan Palsu
28 November 2022 | Aktiviti TerkiniPada 27 November 2022, Pusat Ekonomi Digital Niah Suai telah mengadakan perkongsian advokasi di laman social Facebook yang bertajuk “Panggilan Palsu”.
Objektif utama perkongsian ini adalah untuk memberi kesedaran kepada komuniti bagaimana mengenalpasti sesebuah panggilan itu palsu ataupun bukan dan bagaimana menghadapi sekiranya terdedah kepada ancaman bebaur ugutan. Di dalam perkongsian ini juga penonton diterangkan bagaimana sekiranya seseorang individu termakan umpan panggilan palsu yang dikenakan oleh pemanggil yang tidak bertanggungjawab. Selain itu juga, penonton diajar bagaimana menentusahkan nombor telefon ataupun akaun bank yang diberikan oleh pemanggil itu benar ataupun mempunyai rekod jenayah terdahulu yang sudah dilaporkan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: