Pengenalan Kepada WiFi

23 Jun 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 22 Jun 2022 bersamaan pada hari rabu, Pusat Ekonomi Digital telah mengadakan kelas yang bertajuk Pengenalan Kepada WiFi . Kelas ini disertai oleh 3 orang peserta.

Didalam kelas ini, penonton didedahkan tentang sejarah bermulanya pengunaan rangkaian WiFi. Pada masa yang sama juga penonton turut mengetahui generasi rangkaian WiFi, peranti elektronik yang mengunakan WiFi sebagai medium untuk berhubung dengan internet, kebaikan pengunaan rangkaian WiFi serta kelemahan rangkaian WiFi. Selain daripada itu, penonton juga diajar bagaimana untuk melindungi rangkaian WiFi mereka daripada diceroboh serta kaedah menetapkan tetapan keselamatan serta ciri-ciri katalaluan yang sukar diteka.

Ini bertujuan untuk mengelakkan rangkaian WiFi diceroboh oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dan merugikan pemilik rangkaian WiFi tersebut.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali