Phishing Jangan Termakan Umpan

19 Ogos 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 18 Ogos 2022, Pusat Ekonomi Digital Niah Suai telah mengadakan perkongsian advokasi di laman social Facebook yang bertajuk “Phishing Jangan Termakan Umpan”.

Objektif utama perkongsian ini untuk menyedarkan kepada komuniti tentang bahaya laman web palsu.. Phishing adalah sejenis serangan siber dimana ia digunakan untuk mendapatkan nama penguna ataupun emel serta katalaluan seseorang mengunakan laman sesawang yang mirip seperti laman sesawang yang sebenar. Di dalam perkongsian ini, para peserta yang menyertai perkongsian ini diajar cara-cara untuk mengenalpasti ciri-ciri emel/sms/chat yang mempunyai unsur phishing. Dengan pendedahan seperti ini, komuniti akan dapat mengelakkan diri dari menjadi mangsa laman web palsu.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali