KDB: Terlebih Kongsi atau Oversharing
21 Julai 2022 | Aktiviti TerkiniPada 20 Julai 2022 iaitu pada hari rabu, Pusat Ekonomi Digital Niah Suai telah mengadakan perkongsian di halaman Facebook yang bertajuk Terlebih Kongsi atau Oversharing. Perkongsian ini disertai oleh 9 orang peserta.
Perkongsian advokasi kali ini adalah bertujuan untuk mendedahkan kepada komuniti berkaitan mudarat apabila kita berkongsi secara berlebihan di atas talian lebih-lebih lagi di media sosial. Didalam perkongsian ini juga, penonton juga didedahkan tentang perkara yang tidak patut dikongsi di media sosial, contohnya lokasi semasa, maklumat perbankan dan identiti diri. Pada masa yang sama juga, perkongsian di media sosial secara berlebihan ini boleh membahayakan diri jika anda seorang wanita dan bersendirian dirumah. Diharap dengan perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada para penonton.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: