Keselamatan Membeli Belah Atas Talian

21 Januari 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 20 Januari 2022 iaitu pada hari khamis, Pusat Ekonomi Digital Niah Suai telah mengadakan perkongsian di halaman Facebook yang bertajuk Keselamatan Membeli Belah Atas Talian.

Tujuan perkongsian ini diadakan adalah untuk mendedahkan kepada penonton tentang ancaman penipuan diatas talian sekiranya mereka membeli sesuatu tanpa usul periksa mengenai penjual. Lebih-lebih lagi jika pembeli melakukan transaksi terus dengan penjual. Didalam perkongsian ini, antara langkah keselamatan terbaik yang boleh dilakukan adalah dengan membeli barang di platform e-dagang yang dipercayai seperti Shopee. Diharap dengan perkongsian seperti ini para penonton boleh mengelakkan diri daripada menjadi mangsa penipuan ketika membeli belah secara atas talian.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali