Berita Palsu Perosak Masyarakat

19 Oktober 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 18 Oktober 2022, Pusat Ekonomi Digital Niah Suai telah mengadakan perkongsian advokasi di laman social Facebook yang bertajuk “Berita Palsu Perosak Masyarakat”.

Objektif utama perkongsian ini adalah untuk memberi kesedaran kepada komuniti bagaimana berita palsu boleh mendatangkan kesan buruk. Di dalam perkongsian ini juga penonton diterangkan apa impak kepada masyarakat yang mungkin dihadapi sekiranya perkara yang tidak ditentusahkan ini menjadi ikutan dan penyebarannya tidak dibendung. Selain itu juga, penonton juga diajar bagaimana menilai sesuatu maklumat yang tular di platform media dan penonton juga diperkenalkan kepada laman web sebenarnya.my.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali