Check Your Label

18 Februari 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 17 Februari 2022 iaitu pada hari khamis, Pusat Ekonomi Digital Niah Suai telah mengadakan perkongsian di halaman Facebook yang bertajuk Check Your Label. Check Your Label (CYL) ini merupakan kempen untuk memberi kesedaran kepada penguna tentang kepentingan membeli peralatan komunikasi yang mempunyai label MCMC.

Didalam perkongsian ini, penonton diajar tentang cara-cara memuat turun aplikasi Check Your Label daripada Google Play Store bagi penguna peranti Android dan Apps Store bagi penguna peranti Apple. Selain daripada itu, penonton juga diberikan contoh peralatan komunikasi yang harus mempunyai logo MCMC seperti telefon pintar, tablet, jam pintar dan sebagainya. Semoga dengan perkongsian ini, para penonton lebih berhati-hati ketika membeli peralatan komunikasi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali