Ancaman Keselamatan Siber

14 April 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 13 April 2022, Pusat Ekonomi Digital Niah Suai telah mengadakan perkongsian bertajuk Ancaman Keselamatan Siber yang disiarkan melalui halam Facebook.

Perkongsian ini bertujuan untuk mendedahkan kepada komuniti tentang serangan siber yang boleh terjadi jika mengabaikan aspek keselamatan Ketika mengunakan komputer dan melayari internet. Antara tips bagi mengelakkan diri daripada menjadi mangsa serangan siber adalah sentiasa mengemaskini perisian anti-virus, mengemaskini sistem operasi, tidak membuka pautan yang diragui dan tidak mendedahkan maklumat peribadi. Dalam perkongsian ini juga, turut ditayangkan bahana mengunakan WiFi awam. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada para peserta.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali