Mengenal Pasti Muslihat dan Penipuan Di Internet

14 September 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 13 September 2022, Pusat Ekonomi Digital Niah Suai telah mengadakan perkongsian advokasi di laman social Facebook yang bertajuk “Mengenal Pasti Muslihat dan Penipuan Di Internet”.

Objektif utama perkongsian ini untuk menyedarkan kepada komuniti tentang bahaya apabila jejak digital kita terdedah atau jatuh kepada pihak yang tidak bertanggungjawab. Muslihat atau penipuan siber merupakan serangan maklumat peribadi dimana penipu akan meminta maklumat peribadi anda supaya boleh dijadikan bahan penipuan kepada anda lagi. Ia juga boleh berbentuk surat berantai samada melalui emel ataupun menyebarkan virus computer.Di dalam perkongsian ini, para peserta yang menyertai perkongsian ini juga didedahkan cara untuk mengelakkan diri daripada terkena muslihat ini dan apa yang harus dilakukan sekiranya menjadi mangsa penipuan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali