Program Klik Dengan Bijak (KDB) dan Apikasi My Sejahtera
7 March 2021 | Aktiviti TerkiniPada 06 March 2021pada hari sabtu, dari jam 10.00 pagi sehingga 11.00 pagi, Program Klik Dengan Bijak dibawah tajuk Check Your Lable dan aplikasi My Sejahtera telah diadakan di bilik latihan Pusat Internet Komuniti (PIK) Niah Suai. Ia telah dihadiri oleh Jawatankuasa Kemajuan Komuniti (JKK) dan diketuai oleh Ketua Kampung Sepupok sendiri iaitu Encik Wan Fauzi.
Tujuan program adalah untuk memberi kesedaran keadaan warga setempat akan keselamatan peranti yang ingin digunakan dengan memeriksa keselamatan peranti tersebut terlebih dahulu sebelum membuat keputusan untuk membeli atau menggunakannya. Disamping itu juga,kesempatan itu juga digunakan oleh Staff Pusat Internet Komuniti Niah Suai untuk menerangkan kegunaan aplikasi My Sejahtera dengan memberi demonstrasi kepada peserta yang hadir yang ingin mendaftarkan vaksin Covid-19 menggunakan Aplikasi My Sejahtera
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: