Kelas Klik Dengan Bijak (KDB) – Penipuan Internet

25 April 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 24 April 2021 pada hari sabtu, dari jam 09.00 pagi sehingga 09.30 pagi, Kelas Klik Dengan Bijak dibawah tajuk penipuan internet dilaksanakan di bilik latihan Pusat Internet Komuniti (PIK) Niah Suai. Ia telah dihadiri oleh 8 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar sekolah menengah. Tujuan program adalah untuk mendedahkan pelajar dengan pengisian Klik Dengan Bijak dibawah tajuk penipuan internet dimana pelajar didedahkan dengan tipu helah yang digunakan oleh penipu (scammer) apabila melibatkan laman sesawang ataupun telefon mudah alih. Disamping itu juga,kesempatan itu juga digunakan oleh Staff Pusat Internet Komuniti Niah Suai untuk menerangkan bagaimana peserta blh terhindar daripada ditipu oleh penipu yang semakin berleluasa terutamanya apabila ia melibatkan penipuan alam maya.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali