Kelas Penyelenggaraan Komputer

12 Februari 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 11 Februari 2021 pada hari Khamis, Pusat Internet Komuniti Niah Suai telah mengadakan Kelas Penyelenggaraan Komputer secara atas talian mengunakan platform Streamyard. Di dalam kelas ini, penonton diterangkan kenapa komputer perlu diselenggara dari masa ke semasa dan akibat yang boleh terjadi jika komputer tidak diselenggara.

Setiap komputer perlu diselenggara dari segi komponen dan perisian yang terdapat didalam computer perlu dikemaskini. Pada masa yang sama, peserta yang menonton turut diterangkan antara komponen yang penting yang wajib diselenggara. Contohnya adalah membuang habuk pada kipas CPU secara berkala bagi mengelakkan komputer daripada mengalami kepanasan. Selain daripada pembersihan pada komponen komputer, penonton juga didedahkan kepentingan mengemaskini system operasi komputer, cara membersihkan ruang cakera keras mengunakan fungsi “Disk Cleanup” dan kepentingan memasang perisian anti-virus untuk mengelakkan komputer daripada serangan virus. Diharapkan dengan kelas seperti ini, peserta yang mengikuti kelas ini boleh memahami asas keaedah penyelenggaraan komputer.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali