Terlebih Kongsi Maklumat Atau Oversharing

30 Januari 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 29 Januari 2021 pada hari Jumaat, Pusat Internet Komuniti Niah Suai telah mengadakan siaran langsung yang bertajuk ‘Terlebih Kongsi Maklumat atau Oversharing” di laman Facebook.

Di dalam siaran langsung ini, Pengurus dan Penolong Pengurus Pusat Internet Komuniti menerangkan keburukan perkongsian maklumat secara berlebihan di media sosial. Di masa yang sama, turut diterangkan maklumat atau aktiviti yang boleh dikongsi dan tak boleh dikongsi di media sosial. Turut diterangkan juga serba sedikit bagaimana untuk menetapkan tetapan privasi di media sosial agar maklumat yang kita kongsi di sosial media tidak boleh dilihat oleh semua orang. Diharapkan dengan perkongsian seperti ini, masyarakat tahu apa yang boleh dan tak boleh dikongsi di media sosial.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali