Keselamatan Membeli Belah Atas Talian

27 Ogos 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 26 Ogos 2021, Pusat Internet Komuniti Niah Suai telah mengadakan perkongsian yang bertajuk “Keselamatan membeli Belah Atas Talian” di laman Facebook.

Tujuan perkongsian ini diadakan adalah untuk mendedahkan kepada komuniti tentang cara-cara untuk mengelakkan diri daripada menjadi mangsa penipuan ketika membeli belah di atas talian. Antara tips untuk mengelakkan daripada menjadi mangsa adalah dengan menyemak nombor akaun penjual ataupun nombor telefon di portal CCID milik Polis Diraja Malaysia jika pembeli tersebut membuat urusan terus dengan penjual. Selain daripada itu, penonton juga diajar untuk memastikan laman web e-dagang itu benar-benar selamat untuk transaksi atas talian atau tidak. Diharap dengan perkongsian seperti ini, masyarakat boleh mengelakkan diri daripada menjadi mangsa penipuan atas talian.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali