Program Bual Bicara Perisian Cetak Rompak

25 Jun 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 24 Jun 2021, pihak Pusat Internet Komuniti Niah Suai bersama-sama dengan beberapa Pusat Internet Komuniti (PIK) lain yang terdiri daripada PIK Kampung Lambir, PIK Kampung Luak, PIK Sibuti dan PIK Bekenu telah membuat program bual bicara yang bertajuk “Perisian Cetak Rompak”.

Tujuan program bual bicara ini adalah untuk membincangan keburukkan perisian cetak rompak, risiko mengunakan perisian cetak rompak dan sudut pandang Islam berkaitan dengan mengunakan perisian cetak rompak ini. Pada masa yang sama juga, turut dikongsikan alternatif jika penguna tidak mampu mengunakan perisian berbayar. Contohnya adalah alternatif bagi perisian Microsoft Office adalah WPS Office dan juga LibreOffice.

Semoga penonton yang mengikuti program bual bicara ini mengelakkan diri daripada mengunakan perisian tidak asli ataupun cetak rompak ini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali