Program Bual Bicara Hala Tuju Pelajar Lepasan SPM

27 Jun 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 26 Jun 2021, pihak Pusat Internet Komuniti Niah Suai bersama-sama dengan beberapa Pusat Internet Komuniti (PIK) lain yang terdiri daripada PIK Kampung Luak, PIK Sibuti dan PIK Bekenu telah membuat program bual bicara yang bertajuk “Bual Bicara Hala Tuju Pelajar Lepasan SPM”.

Tujuan program bual bicara ini adalah untuk membincangan hala tuju calon ataupun lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) selepas tamat peperiksaan tersebut. Turut disentuh bidang yang boleh diceburi oleh pelajar tersebut berdasarkan keputusan peperiksaan. Selain daripada itu, turut dibincangkan peluang pekerjaan yang boleh dimohon jika pelajar tersebut cenderung ke alam pekerjaan.

Diharapkan dengan perkongsian seperti ini, calon ataupun lepasan Sijil Peperiksaan Malaysia yang menonton sesi bual bicara ini memahami hala tuju mereka selepas tamat peperiksaan tersebut.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali