Program Bual Bicara Cabaran PdPR Bagi Warga Pendidik

27 Jun 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 26 Jun 2021, pihak Pusat Internet Komuniti Niah Suai telah menganjurkan program bual bicara bersama dengan cikgu Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) yang bertajuk “Cabaran PdPR Bagi Warga Pendidik”. Tetamu jemputan dalam program bual bicara ini adalah Cik Zubaidah.

Cik Zubaidah merupakan salah seorang cikgu di Pusat Asuhan Tunas Islam dan telah berkhidmat disitu selama 3 tahun. Beliau menceritakan beberapa cabaran yang dihadapi. Disebabkan Perintah Kawalan Pergerakkan, beliau terpaksa bekerja dari rumah dan pada masa yang sama beliau mengadakan sesi PdPR dengan murid beliau dari isnin hingga jumaat. Selain daripada itu, ada diantara pelajar beliau tidak boleh mengikuti PdPR disebab ada tiada telefon pintar ataupun ada diantara murid beliau terpaksa berkongsi dengan adik beradik lain yang turut melakukan PdPR.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali