Ancaman Keselamatan Siber

27 Mei 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 27 Mei 2021 pada hari Khamis, Pusat Internet Komuniti Niah Suai telah mengadakan perkongsian yang bertajuk Ancaman Keselamatan Siber. Kelas ini disertai oleh 7 orang. Dimana pihak Pusat Internet Komuniti Niah Suai mengunakan Streamyard untuk mengadakan kelas ini.

Tujuan perkongsian ini diadakan adalah untuk mendedahkan kepada peserta ancaman alam siber terhadap komputer ataupun telefon pintar mereka. Dimana ancaman seperti serangan virus ataupun kebocoran maklumat peribadi boleh menyebabkan kerugian kepada mangsa. Didalam kelas ini, peserta juga diajar beberapa tips untuk mengelakkan daripada menjadi mangsa serangan siber. Contohnya adalah sentiasa memgemaskini perisian ataupun sistem operasi peranti mereka, tidak memuat turun perisian cetak rompak, tidak mendedahkan maklumat peribadi dan semakan kebocoran maklumat atas talian mengunakan laman web Avast.

Diharapkan dengan perkongsian seperti ini, perserta dapat mengetahui dan boleh mengelakkan diri daripada menjadi mangsa serangan siber.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali