Check Your Label

26 November 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 25 November 2021 iaitu pada hari khamis, Pusat Ekonomi Digital Niah Suai telah mengadakan perkongsian di halaman Facebook yang bertajuk Check Your Label. Check Your Label (CYL) ini merupakan kempen untuk memberi kesedaran kepada penguna tentang kepentingan membeli peralatan komunikasi yang mempunyai label MCMC.

Didalam perkongsian ini, penonton diajar tentang cara-cara memuat turun aplikasi Check Your Label daripada Google Play Store bagi penguna peranti Android dan Apps Store bagi penguna peranti Apple. Selain daripada itu, penonton juga diberikan contoh peralatan komunikasi yang harus mempunyai logo MCMC. Di akhir perkongsian ini, penonton ditayangkan video kempen Check Your Label.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali