Kelas Memulakan Perniagaan Di Shopee (Siri 2)

25 Januari 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 24 Januari 2021 pada hari Ahad, Pusat Internet Komuniti Niah Suai telah mengadakan Kelas Memulakan Perniagaan Di Shopee Siri 2 secara atas talian mengunakan platform Streamyard di halaman Facebook.

Kelas Memulakan Perniagaan Di Shopee (Siri 2) ini merupakan sambungan kepada siri 1 yang telah diadakan pada 23 Januari 2021. Di dalam kelas ini peserta diajar bagaimana membuat tetapan pengeposan barang, cara menyediakan “airway bill”, pemilihan syarikat penghantaran barang, kaedah membuat diskaun, kaedah membuat boucher dan banyak lagi. Di akhir sekali, peserta diajar untuk memasukkan maklumat akaun bank mereka dan kaedah mengeluarkan wang hasil jualan daripada “Shopee Wallet”. Diharapkan peserta yang mengikuti kelas ini daripada siri pertama hingga kedua ini boleh menjalankan perniagaan mereka di laman web Shopee pada masa akan datang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali