Kelas Memulakan Perniagaan Di Shopee (Siri 1)

24 Januari 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 23 Januari 2021 pada hari Sabtu, Pusat Internet Komuniti Niah Suai telah mengadakan Kelas Memulakan Perniagaan Di Shopee secara atas talian mengunakan platform Streamyard.

Disebabkan modul memulakan perniagaan ini agak panjang, maka kelas ini akan diadakan dua bahagian/siri. Di siri pertama ini, peserta yang mengikuti kelas ini diajar bagaimana untuk mendaftar akaun Shopee. Pada masa yang sama, peserta juga turut diajar bagaimana untuk membuat tetapan di kedai Shopee mereka. Selain daripada itu, bahagian yang terpenting dalam Siri pertama ini adalah bagaimana untuk memasukkan produk/barangan mereka di halaman e-dagang Shopee. Diharap dengan kelas seperti ini membolehkan usahawan boleh mendigitalkan perniagaan mereka dan masa yang sama boleh menambah pendapatan mereka.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali