Program Bual Bicara Bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
23 Jun 2021 | Aktiviti TerkiniPada 22 Jun 2021, Pusat Internet Komuniti Niah Suai bersama-sama dengan Pusat Internet Komuniti di zon Subis dan Miri telah menganjurkan program bual bicara bersama dengan Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia yang bertajuk “Peranan Anggota Bomba dan Penyelamat Malaysia Menghadapi Pandemik COVID-19“. Pusat Internet Komuniti bertindak sebagai moderator dalam program bual bicara ini. Program bual bicara ini mengunakan platform Zoom Meeting dan juga siaran langsung Facebook Pusat Internet Komuniti Niah Suai.
Tetamu jemputan dalam program bual bicara ini adalah Tuan Low Poh Kiong yang merupakan Penguasa Kanan Bomba 1 untuk zon 6 Miri. Dalam program bual bicara ini, Tuan Low Poh Kiong telah menerangkan tugas yang dijalankan oleh anggota bomba sepanjang Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP). Antaranya dalam menghantar bahan logistik seperti makanan dan perubatan ke kawasan pendalaman. Selain daripada itu, pihak bomba juga terlibat dengan penghantaran vaksin COVID-19 ke kawasan pendalaman mengunakan helikopter. Diharapkan dengan program seperti ini, penonton yang mengikuti program bual bicara ini mengetahui peranan anggota bomba menghadapi pandemik COVID-19.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: