Kelas Pengenalan Kepada Internet

20 Januari 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 20 Januari 2021 pada hari Rabu, Pusat Internet Komuniti Niah Suai telah mengadakan Kelas Pengenalan Kepada Internet secara atas talian. Dimana pihak Pusat Internet Komuniti Niah Suai mengunakan Streamyard untuk mengadakan kelas ini.

Didalam kelas ini, penonton didedahkan tentang sejarah bermulanya rangkaian internet hinggalah kemunculan rangkaian internet di negara kita, Malaysia. Pada masa yang sama, penonton juga diperkenalkan dengan beberapa penyedia rangkaian internet di Malaysia. Selain daripada itu, penonton juga turut diperkenalkan dengan beberapa istilah yang terdapat di alam internet seperti HTTPS, URL, nama domain dan nama domain berdasarkan negara. Turut disentuh didalam kelas ini adalah isu-isu keselamatan berkaitan internet dan kaedah menanganinya.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali