Kelas Membina Katalaluan Selamat

19 April 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 18 April 2021 pada hari Ahad, Pusat Internet Komuniti Niah Suai telah mengadakan Kelas Membina Kataluan Selamat. Kelas ini disertai oleh 12 orang. Dimana pihak Pusat Internet Komuniti Niah Suai mengunakan Streamyard untuk mengadakan kelas ini.

Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mendedahkan kepada peserta cara-cara membina katalaluan yang selamat dan kukuh. Sebelum peserta diajar cara membina katalaluan yang kukuh, peserta terlebih dahulu diperkenalkan dengan fungsi katalaluan dan akibat jika katalaluan yang digunakan tidak kukuh. Di dalam kelas ini, peserta diajar untuk mengabungkan huruf, simbol dan nombor untuk membuat katalaluan yang mudah untuk diingat dengan 8 hingga 12 bilangan karakter. Di akhir kelas ini, peserta diberi tips bagaimana untuk memastikan katalaluan tetap selamat. Antaranya adalah tidak berkongsi katalaluan dengan orang lain dan tidak membuka pautan yang meragukan dimana pautan tersebut meminta untuk memasukkan katalaluan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali