Kelas Pengenalan Kepada Komponen Komputer

17 Disember 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 16 Disember 2021, Pusat Ekonomi Digital Niah Suai telah mengadakan kelas secara atas talian. Kelas ini bertajuk Pengenalan Kepada Komponen Komputer. Seramai 5 orang telah menyertai kelas ini.

Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mendedahkan kepada peserta tentang komponen ataupun perkakas yang terdapat didalam sesebuah komputer. Pada masa yang sama juga, peserta dapat mengetahui fungsi-fungsi setiap perkakas komputer tersebut. Peserta juga dapat mengetahui perbezaan komponen komputer yang terdapat pada komputer desktop dan komputer riba.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali