Program Kemaskini Profail eKasih
15 November 2021 | Aktiviti TerkiniPada 14 November 2021 iaitu pada hari ahad telah berlangsung program pengemaskinian profail eKasih yang bertempat di bilik latihan Pusat Internet Komuniti Niah Suai.
Program ini dihadiri oleh empat (4) orang pegawai daripada pihak eKasih Miri yang terlibat dengan pengemaskinian profail ini. Terdapat sekitar 30 orang penduduk sekitar Pusat Internet Komuniti Niah Suai telah menghadiri program ini yang diadakan dari pukul 10.00 pagi hingga 1.30 petang. Selain daripada mengemaskini profail eKasih, penduduk yang datang juga turut melakukan soal jawab bersama pegawai eKasih bagaimana untuk memohon eKasih.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: