Aktiviti Kemerdekaan: Mewarna Bendera

31 ogos 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 30 Ogos 2020 hari Ahad, seramai 5 orang peserta telah menghadiri kelas mewarna bendera yang dianjurkan oleh PI Niah Suai yang bertempat di bilik Latihan PI Niah Suai. Didalam kelas ini, perserta diberi tugasan mewarna bendera Malaysia dan negeri di Malaysia mengikut pilihan masing-masing.

Selepas perserta selesai mewarna bendera, para peserta diminta untuk menerangkan maksud yang terdapat di dalam bendera Malaysia. Dua peserta dipilih secara rawak untuk menerangkan kenapa bunga raya dipilih sebagai Bunga Kebangsaan. Di akhir kelas ini, para peserta didedahkan keburukan “buli siber” di dalam media sosial dan kesan sampingan kepada mangsa yang dibuli itu.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali