Promosi Produk Usahawan Bouquet

1 November 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 31 Oktober 2020 pada hari Sabtu, Pusat Internet Komuniti Niah Suai telah mengadakan siaran langsung mengunakan Streamyard untuk mempromosikan produk usahawan.

Pihak Pusat Internet Komuniti Niah Suai memilih usahawan ini disebabkan potensi yang beliau dimiliki. Usahawan yang dipilih ini adalah usahawan yang menjual Bouquet. Beliau menjual produk ini di sekitar kawasan Bekenu hingga ke Batu Niah. Tujuan promosi ini adalah bagi membantu usahawan muda ini menambah pendapatan beliau yang sebelum ini terkesan dengan penularan wabak COVID-19.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali