Kelas Pengenalan Kepada Sistem Operasi

28 November 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 27 November 2020 pada hari Jumaat, Pusat Internet Komuniti Niah Suai telah mengadakan siaran langsung kelas Pengenalan Kepada Sistem Operasi di halaman Facebook.

Kelas ini adalah bertujuan untuk memberi pengenalan kepada sistem operasi computer dan telefon pintar. Di dalam kelas ini, penonton diajar tentang fungsi serta kegunaan sistem operasi. Pada masa yang sama, penonton turut didedahkan tentang jenis-jenis sistem operasi yang tersedia untuk komputer dan peranti pintar seperti telefon. Di dalam kelas ini, turut diajar tentang senibina sistem operasi 32Bit (x86) dan 64Bit (x64) serta perbezaan kedua-duanya. Dengan adanya kelas seperti ini, diharap komuniti dapat mengetahui serba sedikit mengenai sistem operasi di dalam computer mahupun ada peranti pintar seperti telefon bimbit.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali