Mengenalpasti Masalah Komputer Beroperasi Perlahan

27 Disember 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 26 Disember 2020 pada hari Sabtu, Pusat Internet Komuniti Niah Suai telah mengadakan siaran langsung di halaman Facebook Pusat Internet Komuniti Niah Suai berkaitan cara mengenalpasti masalah komputer computer beroperasi dengan perlahan.

Siaran langsung di halaman Facebook ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan bagaimana mengenalpasti masalah komputer beroperasi dengan perlahan. Didalam siaran ini, Staff PIK mendedahkan beberapa punca computer beroperasi dengan perlahan. Antaranya adalah masalah “bad sector” pada cakera keras dan kapasiti memori RAM tidak mencukupi. Disamping itu juga, penyelesaian terhadap masalah itu turut dibincangkan. Diharap dengan siaran seperti ini, komuniti dapat mengenalpasti masalah pada komputer mereka jika operasi komputer mereka perlahan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali