Ceramah Advokasi Penyebaran Berita Palsu di Rumah Panjang Ngadan Anak Muyang

26 Oktober 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 25 Oktober 2020 pada hari ahad, pihak Pusat Internet Komuniti Niah Suai dijemput oleh pihak Pejabat Daerah Kecil Niah dan Community Resources Center (CRC) Subis, Batu Niah untuk memberikan ceramah berkaitan “Penyebaran Berita Palsu”.

Program ini bertempat di Rumah Panjang Ngadan Anak Muyang, Suai. Program ini dirasmikan oleh Yang Berhormat Encik Majang Anak Renggi yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N70 Samalaju. Didalam program ini, pihak Pusat Internet Komuniti Niah Suai telah memberikan ceramah berkaitan Penyebaran Berita Palsu. Topik ceramah ini dipilih kerana kegiatan penyebaran berita palsu semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini. Di dalam ceramah ini, terdapat juga sesi soal jawab antara Tuai Rumah dengan pihak Pusat Internet Komuniti berkaitan penyebaran berita palsu.

Selain daripada memberi ceramah, pihak Pusat Internet Komuniti Niah Suai juga memperkenalkan laman web Sebenarnya.my bagi dijadikan rujukan komuniti untuk mendapatkan kepastian sesebuat berita atau maklumat yang mereka baca di media sosial.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali