Penerangan Check Your Label

19 Disember 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 18 Disember 2020 pada hari Jumaat, Pusat Internet Komuniti Niah Suai telah mengadakan siaran langsung di halaman Facebook Pusat Internet Komuniti Niah Suai berkaitan penerangan Check Your Label.

Siaran langsung ini mengunakan laman web Streamyard yang dihubungkan terus ke halaman Facebook Pusat Internet Komuniti Niah Suai. Siaran langsung di halaman Facebook ini adalah bertujuan untuk mendedahkan kepada komuniti tentang kepentingan label MCMC pada peranti komunikasi seperti komputer, telefon pintar, tablet dan router tanpa wayar. Didalam kelas secara siaran langsung ini, staff pusat internet komuniti menerangan bagaimana untuk menyemak logo tersebut pada peranti pintar seperti telefon pintar samada ia dicetak secara fizikal dan e-label (terbina pada firmware) pada peranti tersebut. Para penonton juga ditayangkan dengan video bahaya mengunakan peranti komunikasi yang tidak mempunyai label MCMC ini. Diharapkan dengan sesi penerangan seperti ini dapat membantu komuniti mengetahui dan mengunakan peranti komunikasi yang disahkan selamat dan tidak melanggar undang-undang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali