Pameran Advokasi SMK Suai 2019

26 April 2019 | Aktiviti Terkini

Program ini telah dihadiri oleh 1166 orang peserta dari pelajar SMK Suai dari pelajar tingkatan 1 sampai tingkatan 6. Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan akan nilai advokasi secara menyeluruh kepada golongan belia di SMK Suai. Program ini juga turut dibantu oleh staff Pusat Internet dari Zon Miri iaitu, PI Lambir, PI Luak dan staff dari PI Bekenu dan PI Sibuti.

Turut hadir sama bagi memberi taklimat ringkas kepada guru besar SMK Suai dan kalangan guru iaitu wakil dari pihak MAXIS, Encik Herman Mizar Azmi dan Puan Fazilah Bt Hussin.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali