eKelas Tahun 6 - Tingkatan 5 bersama MAXIS : Matematik dan Sains

27 April 2019 | Aktiviti Terkini

Program ini telah dihadiri oleh 5 orang peserta dari pelajar SMK Suai tingkatan 2 di Kampung Sekitar Niah. Pelajar belajar secara digital dan didedahkan dengan pembelajaran seperti Mekanisma Pernafasan, Sistem Respiratori, hubungan antara organisma, gandaan dan kuasa dua, bentuk piawai dan persamaan  kuadratik.

Program Maxis eKelas merupakan inisiatif pembelajaran digital selepas sekolah yang bertujuan untuk meningkatkan prestasi akademik para pelajar dalam komuniti luar bandar. Fokusnya adalah pada tiga subjek - Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris - untuk pelajar Tahun 6 hingga Tingkatan 5. eKelas menawarkan persekitaran pembelajaran campuran untuk pelajar – iaitu kombinasi pengajaran melalui tutorial secara langsung, pembelajaran dalam kumpulan dan kandungan digital secara interaktif berdasarkan sukatan pelajaran kebangsaan.

Program ini adalah hasil daripada kerjasama Maxis dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia kerana ia dijalankan di Pusat Internet mereka yang berfungsi sebagai hab digital untuk komuniti-komuniti di kawasan yang kurang mendapat liputan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali