Program Advokasi bersama Pertubuhan Peladang Unit Sepupok

7 April 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 06 April 2019 hari sabtu, seramai 25 orang peserta terdiri dari peserta Pertubuhan Peladang Unit Sepupok Niah telah menghadiri program Menentusahkan maklumat yang dilihat di laman maya betul ataupun tidak. Tujuan kelas ini diadakan merupakan untuk mendedahkan peserta kepada penipuan alam maya yang berleluasa zaman ini.

Selain itu mereka diberi penerangan 8 cara menentusahkan maklumat dalam talian. Peserta yang hadir diberi penjelasan mengenai kelebihan ekelas. Disamping itu mereka juga didedahkan dengan perisian computer dengan lebih teliti. Peserta yang hadir didedahkan cara-cara klik dengan bijak.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali