Program Pentaksiran Kompetensi Literasi Sekolah Rendah (PKLSR) 2019

19 Oktober 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 17 & 18 Oktober 2019, Program Pentaksiran Kompetensi Literasi Sekolah Rendah (PKLSR) 2019 telah diadakan yang bertempat di bilik latihan Pusat Internet (PI) Niah Suai dan sepanjang program berlangsung, seramai 12 orang pelajar tahun 6 yang telah menyertai.

Tujuan program ini dijalankan adalah untuk mendedahkan peserta kepada kesedaran buli siber yang semakin menjadi di kalangan pelajar pada masa kini. Disertakan juga dengan penilaian pentaksiran kompetensi literasi sekolah rendah (KPLSR) sebagai asas kepada pelajar untuk mereka memahami ilmu asas computer.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali